Cinta Zulaikha kepada Yusuf As. konon begitu dalam hingga Zulaikha takut
cintanya kepada Yusuf merusak cintanya kepada Allah Swt. Berikut
sedikit ulasan tentang cinta mereka
Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib)
negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi
bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang
amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau
bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya.
Kali berikutnya beliau bermimpi lagi, lelaki tersebut memperkenalkannya
sebagai Wazir kerajaan Mesir. Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha
kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga
beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya
mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri
Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.
Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh
dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan
wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada
suara ghaib berbisik padanya: “Benar, ini bukan pujaan hati kamu.
Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai
melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya. Mutiara kehormatan engkau
sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya.”
Perlu diingat sejarah Mesir menyebut, Wazir diraja Mesir tersebut adalah
seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda
raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat
kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.
Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf
a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar,
itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi. Tampan, menarik dan
menawan.
Sabda Nabi Saw. yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas
memperjelasnya: "Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh
kecantikan dunia."
Kisah Zulaikha dan Yusuf direkam di dalam Al Quran pada Surah Yusuf ayat
21 sampai 36 dan ayat 51. Selepas ayat tersebut Al Quran tidak
menceritakan kelanjutan hubungan Zulaikha dengan Yusuf a.s. Namun Ibn
Katsir di dalam Tafsir Surah Yusuf memetik bahwa Muhammad bin Ishak
berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir
adalah kedudukan yang dulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah
dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zulaikha
sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bahwa pada suatu
ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,
“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se¬karang ini lebih baik dari apa
yang pernah engkau inginkan?”
Zulaikha menjawab, “Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku
sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang
berketerampilan dingin, menemuimu sebagai pemuda yang tampan, gagah
perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan
lupa akan kedudukanku sebagai wanita yang bersuami?”
Dikisahkan bahwa Yusuf menikahi Zulaikha dalam keadaan gadis (perawan)
dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf
dan Misya bin Yusuf.
Selasa, 03 Juni 2014
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar